Skip to main content

Lesap RM180 ribu selepas ditipu 'sarjan Arif'


IPOH -- Seorang warga emas mendakwa kerugian lebih RM180,000 akibat diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang, Rabu lalu.
Ang Tiah Cheen, 67, dari Kampung Simee di sini mendakwa menerima panggilan daripada lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Arif 15 Ogos lepas memberitahu dia pernah membuat pinjaman RM50,000 dan terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di Pulau Pinang.
"Saya menafikan perkara itu tetapi lelaki berkenaan menakut-nakutkan saya dan meminta memasukkan sejumlah wang bagi tujuan penyiasatan serta memastikan saya 'bersih' daripada kegiatan dadah dan tidak memberitahu sesiapa kerana perkara ini adalah sulit.
"Saya terpedaya dengan kata-kata lelaki itu dan telah memasukkan wang secara berperingkat ke dalam tiga akaun berasingan sebanyak RM181,767 di sekitar Ipoh sehari kemudian,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak.
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai tukang cuci sekolah berkata dia tidak lagi dihubungi lelaki berkenaan selepas memasukkan wang tersebut.
Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak Mohd Rawi Abdullah berkata kes itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan meminta pihak berkuasa menangkap suspek sebelum lebih ramai menjadi mangsa penipuan.
"Saya telah menghubungi Balai Polis Jelutong dan mendapati Sarjan Arif memang tidak berkhidmat dan tidak wujud di balai polis itu," katanya sambil meminta orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya bagi mengelak ditipu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...