Skip to main content

Mandat kami hanya 100 hari - Daim


KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin berkata beliau bercadang  menemui  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetahui kedudukan masa depan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) setelah mandat 100 harinya kini berakhir.
Daim berkata CEP akan mengemukakan laporan yang mengandungi perakuan-perakuannya kepada Dr Mahathir sebaik saja beliau pulang dari China. Lawatan rasmi lima hari Dr Mahathir ke China berakhir esok.
"Mandat kami ialah untuk100 hari. Hari akhir kami ialah semalam. Bila beliau (Dr Mahathir) pulang, saya  akan buat janji temu dan membincangkan dengan beliau tentang peranan yang beliau fikirkan (untuk  CEP),” katanya pada sidang media, lapor Bernama.
Bekas menteri kewangan itu memberi perhatian bahawa bagi pasukan CEP, mereka telah menyelesaikan  tugas 100 hari mereka dan “setiap orang telah kembali ke tugas (asal) masing-masing”.
Dr Mahathir pada Khamis berkata CEP tidak akan dibubarkan dulu oleh kerana khidmatnya masih  diperlukan. 
Daim menyatakan bahawa para anggota CEP merupakan sukarelawan yang telah, pada ketika tertentu bertugas hingga 4 pagi, untuk menyiapkan laporan.
"Kalau perdana menteri nak sambung, mereka ini bermajikan di tempat lain. Mereka sukarelawan di sini (CEP), mereka kena balik pada kerja (asal). Saya rasa kerajaan perlu fikirkan ini," katanya.
Tentang sama ada beliau sedia menerima idea agar CEP diwujudkan secara kekal. Daim berkata, “Dalam hidup, tidak ada yang kekal kecuali membayar cukai”.
Mengenai dakwaan CEP telah diberikan terlalu banyak kuasa, Daim menafikannya, dan berkata peranan majlis itu hanya untuk mengumpul dan menganalisis maklumat dan menawarkan nasihat. 
CEP dibentuk pada 12 Mei oleh Dr Mahathir untuk bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal ekonomi, kewangan dan lain-lain. 
Selain Daim, anggota lain CEP ialah bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas  presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, taikun perniagaan Robert Kuok dan pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram.
CEP mempunyai dua jawatankuasa di bawah seliaannya, iaitu Jawatankuasa Reformasi Institusi dan Jawatankuasa menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd.
Mengenai perkara lain, Daim berkata CEP berpendapat tidak bijak menghapuskan kutipan tol buat  ketika ini memandangkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang mencabar pada masa ini.

"Saya kira rakyat faham," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...