Skip to main content

Maut dibunuh Myanmar lalok


GEORGE TOWN -- Dua lelaki tempatan ditemui maut akibat ditikam dengan gunting dalam satu kejadian di bilik sewa mereka di tingkat satu sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Argyll, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata mangsa yang maut ialah Sarbudeen Shikander, 70, serta menantunya yang tidak ditemui pengenalan diri dan mereka dipercayai bekerja sebagai penjaga tempat meletak kenderaan.
"Polis menerima maklumat daripada rakan sebilik dua lelaki itu pada pukul 6.20 petang yang menemui mayat mereka dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah akibat ditikam dipercayai menggunakan gunting.
"Terdapat lima hingga enam kesan tikaman di beberapa bahagian badan dua mangsa itu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat," katanya, lapor Bernama.
Katanya, susulan penemuan dua mayat itu, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an di kawasan tangga premis itu dalam keadaan bajunya penuh dengan kesan darah dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.


Saravanan berkata lelaki yang ditahan itu menyewa di bilik lain di aras sama dengan mangsa berada di bawah pengaruh dadah ketika ditangkap dan polis turut menahan rakan sebilik mangsa untuk siasatan lanjut.
Katanya, lelaki warga Myanmar itu dipercayai bekerja sebagai penjaga tempat meletak kenderaan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.
"Kami percaya dengan penahanan dua lelaki itu terutama suspek utama warga Myanmar berkenaan, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan namun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif sebenar dia bertindak menikam dua mangsa," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
"Dua lelaki yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk polis mendapatkan perintah reman. Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...