Skip to main content

Berhati-hati dengan air minuman anda, mungkin dicampur dadah




KUALA LUMPUR -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengenal pasti 30 jenis jenama minuman ringan, teh dan kopi pracampuran yang dipeketkan semula setelah dicampur dadah sebelum dijual di pusat-pusat hiburan untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata berdasarkan kepada kajian dan siasatan sejak dua tahun lepas, pihaknya telah mengesan taktik sindiket-sindiket dadah ini melalui beberapa siri operasi serbuan di pusat-pusat hiburan di seluruh negara.

“Antara dadah yang turut dikenal pasti dipasarkan dengan taktik sebegini adalah Eramin 5, ketamin, syabu dan ekstasi,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, lapor Bernama.

Menurutnya, taktik sebegini disasarkan kepada golongan remaja yang mengunjungi pusat-pusat hiburan dan parti-parti liar.

Kata Mohmad, jenama-jenama minuman yang telah dikenal pasti itu adalah daripada jenis yang mudah diperoleh dan sering digunakan pengguna di seluruh negara.

"Setakat ini, polis mengenal pasti taktik licik sebegini digunakan di pusat-pusat hiburan namun tidak menolak kemungkinan ia akan turut merebak hingga ke pasaran tempatan di mana ia akan menjadi lebih mudah untuk diperoleh.

Orang awam dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan menyemak dengan teliti sebarang produk minuman yang ingin dibeli agar tidak terbeli produk yang telah dimasukkan dadah," kata beliau.

Mohmad berkata, pengedaran dadah sebegini merupakan satu ancaman baharu di dalam negara dan pihaknya akan berbincang dengan pihak produk jenama terbabit tentang permasalahan ini yang mungkin boleh ditambah baik dari segi pembungkusan.

"Sekiranya hal ini dibiarkan, ia boleh mencemarkan imej pemilik produk tersebut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...