Skip to main content

Najib tidak tahu mengenai Equanimity


KUALA LUMPUR --  Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak pernah menaiki kapal itu. Saya tidak tahu mengenainya sehinggalah ia disiarkan dalam media,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa beliau tidak tahu mengenai dakwaan bahawa kapal layar mewah  Equanimity dikatakan dibeli menggunakan dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata kerajaan terdahulu lebih berminat terhadap penyelesaian penuh dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

"Apa yang penting adalah penyelesaian dengan IPIC. Itu adalah jumlah terbesar, itulah sebabnya kita tidak tumpu kepada isu kapal, kita mahu penyelesaian membabitkan jumlah yang besar diselesaikan dahulu,” kata beliau, lapor Bernama.

Kapal layar mewah itu belayar dari Indonesia dan tiba di Pelabuhan Klang pada 12.35 tengah Selasa. 
Kapal layar itu, dianggarkan bernilai  RM1 bilion, dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana dari 1MDB. 

Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan pemilik kapal layar itu juga sedang diburu oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan ke atas 1MDB.

Menurut Jabatan Peguam Negara, kapal layar mewah itu dirampas mengikut prosedur di bawah undang-undang Malaysia.  

Sementara itu, Najib meminta siasatan penuh dijalankan mengenai dakwaan bahawa  International Republican Institute (IRI) mengadakan kerjasama dengan pembangkang Malaysia (ketika itu) sejak 2002 termasuk gabungan Pakatan Harapan.

Najib berkata dakwaan itu sudah cukup serius untuk meminta siasatan diadakan kerana ia mungkin melibatkan campur tangan asing dalam proses pilihan raya di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...