Skip to main content

Notis merah untuk Jho Low dan bapa


KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan polis dan Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan perintah tersebut bagi membolehkan dua beranak itu dibawa pulang bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ketika mengesahkan perkara itu dalam kenyataan, berkata, waran tangkap itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan notis merah bagi mengesan serta menahan dua beranak itu.
Katanya, waran tangkap diperoleh selepas pertuduhan terhadap Jho Low serta bapanya dibuat di Mahkamah Sesyen Putrajaya mengikut kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). 
“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menjalankan siasatan terhadap syarikat 1MDB atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urus niaga yang dijalankan syarikat berkenaan. 
“Hasil siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan telah dibuat untuk mengenakan pertuduhan terhadap kedua-dua individu berkenaan di mahkamah hari ini,” katanya.
Beliau berkata Jho Low, 36, dikenakan lapan pertuduhan manakala Hock Peng, 66, dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).
Menurut laporan media, dua beranak itu dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi.
Sebelum ini, Jabatan Imigresen membatalkan pasport Jho Low pada 15 Jun lalu atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...