Skip to main content

PH capai tahap lulus dalam pentadbiran - Saifuddin Nasution



GEORGE TOWN -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melepasi tahap lulus dalam usaha untuk menunaikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam tempoh 100 hari.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan komited untuk merealisasikan janji PRU14.
"Walaupun terdapat kategori yang kami berjaya laksanakan tetapi ada juga kategori dalam manifesto PRU14 yang belum dilaksanakan dan ada yang dalam proses pelaksanaan tetapi tidak sepenuhnya. Saya fikir rakyat boleh menerimanya," katanya kepada pemberita mengenai tahap pencapaian PH dalam menunaikan janji manifesto PRU14.
Antara janji yang ditunaikan adalah penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah dan menstabilkan harga minyak.
"Yang masih belum berjaya dilaksanakan adalah menghapuskan hutang peneroka FELDA di mana kerajaan melaksanakan selepas kedudukan kewangan kerajaan kembali baik," katanya, lapor Bernama.
Di peringkat jemaah menteri dipersetujui penubuhan sebuah jawatankuasa kabinet mengenai kos sara hidup iaitu Majlis Menangani Kos Sara Hidup.
"Majlis Menangani Kos Sara Hidup ini akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang bertujuan untuk melegakan kos sara hidup rakyat termasuklah kos perumahan, kos pengangkutan, bil utiliti, kesihatan, harga barang dan pendidikan," katanya.
Saifuddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, berkata pemimpin Pakatan Harapan harus memberi penerangan kepada rakyat kenapa terdapat janji dalam manifesto PRU14 yang belum dilaksanakan.
"Kerajaan mesti bersikap terbuka terima teguran dalam hal ini dan kita harus "communicate" dengan baik kenapa kita tidak dapat laksanakan dan tidak menyembunyi atau bersikap "denial" sindrom," katanya.
Beliau berkata kekuatan kerajaan Pakatan Harapan yang berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan ini​​​​​​​ terbuka dengan teguran dan kritikan.
Terdahulu, Saifuddin memberikan Sumbangan Penghargaan Ibu Emas sebanyak RM100 kepada  954 penerima di kawasan Pantai Jerejak.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...