Skip to main content

Projek kereta nasional tidak bercanggah polisi



KUALA LUMPUR -- Projek kereta nasional ketiga tidak bercanggah dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.
Beliau berkata ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan di samping menjadikan industri automotif lebih berdaya saing.
"Saya yakin dengan menggariskan polisi baharu dan menyediakan pengangkutan awam yang efisien, rakyat akan memilih menggunakan kemudahan awam yang lebih efektif," katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat, lapor Bernama.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang mempersoalkan rancangan kerajaan untuk melancarkan kereta nasional ketiga yang disifatkan bercanggah dengan polisi kerajaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar raya utama negara.
Menjawab soalan Rozman mengenai tarikh pelancaran kereta nasional itu, beliau berkata rancangan tersebut masih pada peringkat cadangan.
Leiking berkata jika pelancaran itu menjadi nyata, selain daripada insentif percukaian, insentif menarik lain akan diberikan kepada pengusaha mengikut polisi yang terkandung Dasar Automotif Nasional (NAP) 2018 yang akan diumum kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, menjawab soalan Ahmad Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang mahu industri kereta nasional ketiga ditumpukan di Pantai Timur berbanding sebelah Pantai Barat sebelum ini, beliau berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan.
"Saya juga gembira jika industri ini ditumpu di kawasan Sabah dan Sarawak. Kita akan pertimbangkan supaya ia digalakkan di kawasan Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak," katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...