Skip to main content

Pulang selepas lebih setahun ditahan di Indonesia



JOHOR BAHRU -- Sambutan Aidiladha tahun ini amat bermakna bagi nelayan, Kamaruzaman Awi, apabila dibebaskan setelah ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak April tahun lepas, dan selamat tiba di tanah air semalam.

Kamaruzaman, 47, yang berasal dari Dungun, Terengganu dipenjarakan di Pangkalan Penguatkuasa Laut Indonesia, Lanal Tarempa, Kepulauan Riau setelah ditahan di perairan negara itu.

Beliau yang tiba di Jeti Stulang di sini kira-kira pukul 3.30 petang hari Jumaat selepas menaiki feri dari Tanjung Pinang, amat bersyukur dan gembira kerana dapat kembali ke tanah air.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas pertolongan dalam usaha memudahkan proses pembebasan saya.

"Insya-Allah, saya akan kembali ke Dungun hari ini dan berharap dapat meneruskan semula pekerjaan ini kerana ia sumber rezeki saya dan keluarga," katanya, lapor Bernama.

Kamaruzaman yang menjadi nelayan selama lebih 20 tahun berkata sepanjang berada dalam tahanan, beliau dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa negara itu dan tiada gangguan fizikal terhadapnya.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kejayaan pembebasan ini adalah hasil rundingan berterusan melalui kerajaan kedua-dua negara.

Beliau berkata, lima nelayan Malaysia yang ditahan di perairan negara itu telah dibebaskan sepanjang tahun ini, manakala seorang lagi dijangka dibebaskan bulan depan.

"Masalah ini masih kerap berlaku kerana isu kesamaran sempadan laut¦ sukar untuk kita menentukan sempadan laut kita dengan laut mereka yang luas.


"Ini menyebabkan bot negara kita (secara tidak sengaja) masuk ke perairan mereka dan begitu sebaliknya, jadi saya yakin isu ini akan terus dibincangkan oleh kerajaan kedua-dua negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...