Skip to main content

Rempah ratus pracampuran kembalikan tunas rasa jemaah dengan tanah air



MAKKAH -- Pengenalan rempah-ratus 'pre-mix' atau pracampuran untuk sajian makanan jemaah haji yang dibawa khas dari Malaysia pada tahun ini bakal memberikan satu pengalaman baharu dalam menikmati sajian di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Katering Tabung Haji Adly Mohamed berkata bagi tahun ini, Tabung Haji (TH) telah membawa rempah-ratus 'pre-mix' yang telah disediakan awal oleh syarikat-syarikat di bawah FAMA di Malaysia.

"Dengan rempah-ratus pre-mix ini, kita dapat memendekkan masa untuk memasak kerana kita tidak perlu melakukan kerja-kerja seperti menggoreng bawang atau menumis bahan-bahan lain untuk memasak. Ia (pre-mix) seperti menyediakan mi segera, hanya perlu tambah air.

"Dalam penyediaan masakan, kita perlu memastikan proses itu lengkap, bersih dan cepat bagi mengelak  makanan tersebut tercemar. Paling penting, menepati cita rasa rakyat Malaysia," katanya, lapor Bernama.

Katanya penyelidikan dan pembangunan (R&D) rempah-ratus pre-mix ini telah dijalankan tiga tahun lepas dan mula dilaksanakan sebagai projek perintis pada 2017 sebelum dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Berikutan penggunaan rempah-ratus pre-mix ini, beliau berkata tukang masak di Tanah Suci dapat menyediakan hidangan yang mempunyai rasa yang hampir sama dengan sajian masakan di Malaysia untuk para jemaah.

Beliau berkata 28 menu berbeza disediakan untuk hidangan jemaah haji di Makkah manakala di Madinah, 14 menu hidangan akan disajikan kepada jemaah secara giliran.

Jemaah juga dinasihatkan untuk mengikuti panduan masa untuk memakan hidangan yang diberikan seperti yang tertera pada penutup bungkusan makanan bagi mengelak risiko keracunan.

"Pada penutup bekas makanan, tertera peringatan 'baik untuk dimakan dalam tempoh dua jam selepas diedarkan'. Jadi makanlah secepat mungkin kerana kita ingin memastikan kualiti makanan itu tidak tercemar," katanya

Bagi penyediaan makanan di Tanah Suci tahun ini, Adly berkata TH membawa 24 tukang masak dari Malaysia yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang masakan daripada ratusan permohonan yang diterima.

"Proses memasak di sini bukanlah semudah seperti memasak di Malaysia. Di sini, kita memasak untuk 30,200 jemaah haji Malaysia untuk setiap waktu hidangan, tengah hari dan malam," katanya.

Pihak katering juga menyediakan label yang berbeza untuk setiap waktu hidangan, iaitu label merah untuk makan tengah hari dan biru untuk makan malam, bagi mengelak jemaah termakan makanan yang telah lama dimasak.

"Dalam penjagaan kualiti makanan, aspek yang paling penting adalah 'food safety' (keselamatan makanan). Justeru, TH telah meletakkan unit katering ini di bawah pemantauan Unit Khidmat Luar dan Unit Kesihatan Awam di bawah rombongan perubatan.

"Di Madinah, kita ada lima buah dapur yang akan menyediakan juadah bagi lapan bangunan penginapan jemaah manakala di Makkah kita mempunyai lapan buah dapur untuk 18 bangunan penginapan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...