Skip to main content

Rugi RM31 ribu ditipu Macau Scam



KUANTAN -- Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Jengka, Maran kerugian  RM31,250 selepas terpedaya dengan panggilan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank dalam kejadian pada Selasa lalu.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata guru wanita berusia 49 tahun itu, mendapat panggilan daripada suspek yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit untuk akaun yang telah dibuka di Tawau, Sabah namun dinafikan oleh mangsa.

 "Panggilan mangsa kemudian telah disambungkan pula kepada individu yang menyamar sebagai anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau yang mendakwa mangsa pula terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

 "Susulan itu, mangsa menerima panggilan pula daripada seorang pegawai polis pada hari yang sama yang memaklumkan maklumat peribadi mangsa telah dijual dan satu jumlah wang juga telah dimasukkan ke dalam akaun mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 Beliau berkata, suspek kemudian telah mengugut untuk melaporkan perkara itu kepada satu badan khas dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya mangsa enggan bekerjasama dengan polis untuk menyelesaikan kes berkenaan.

 Terpedaya dengan dakwaan itu katanya, mangsa membuat empat transaksi pemindahan wang dari akaunnya ke dalam akaun yang diberi suspek dengan jumlah keseluruhan RM31,250 pada hari yang sama.

 Katanya, bagaimanapun suspek gagal dihubungi apabila mangsa ingin bertanyakan semula tentang kes itu sejurus selepas wang tersebut dipindahkan.

 Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Jengka semalam.

 Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...