Skip to main content

Sabah tetap mahu royalti minyak 20 peratus - Shafie Apdal


KOTA KINABALU -- Kerajaan  Sabah tetap dengan pendirian untuk menuntut royalti minyak sebanyak 20 peratus berdasarkan untung kasar dan bukannya untung bersih, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya kerajaan negeri telah berjumpa dengan syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) selain pihaknya akan turut bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan perkara itu demi manfaat rakyat Sabah.
"Saya percaya ini (tuntutan royalti minyak 20 peratus) akan dapat direalisasikan. Saya telah menyatakan pendirian teguh kerajaan Sabah kepada Petronas bahawa Kabinet negeri telah membuat keputusan 20 peratus royalti minyak itu adalah berdasarkan untung kasar.
"Saya yakin jika perkara ini dibincangkan secara baik ia akan menjadi kenyataan sekali gus membolehkan kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan bagi mengurus tadbir Sabah memandangkan Sabah adalah sebuah negeri besar dan memerlukan lebih banyak kewangan untuk pembangunan.
"Ini termasuk menyediakan lebih banyak sektor dan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah sekali gus mengurangkan penghijrahan mereka ke Semenanjung bagi mendapatkan pekerjaan," katanya dalam sidang media bersempena 100 hari Parti Warisan Sabah (Warisan) menerajui kerajaan negeri, lapor Bernama.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri berkata Sabah berhak mendapat jumlah royalti berkenaan memandangkan Sabah tidak pernah keberatan untuk berkongsi sumber hasil bumi selain 50 peratus daripada pengeluaran hasil minyak adalah dari negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...