Skip to main content

Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang



IPOH -- Pasangan warga emas yang mengikuti kelas pengajian agama di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini bertemu jodoh apabila pengasas dan pengetua pusat pendidikan itu Datuk Mohd Kazim Elias menjadi 'orang tengah' penyatuan pasangan berkenaan.

Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan.

Hussain ketika ditemui pemberita berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas mengenali hati budi pasangannya sejak dua bulan lalu semasa mengikuti kelas pengajian di pusat pendidikan tersebut.

"Alhamdulillah, saya berterima kasih dengan cadangan Ustaz Kazim sebab dia melihat saya keseorangan sejak saya  mula mengikuti kelas di sini tiga bulan lalu.

"Ini perkahwinan saya yang ketiga dan saya berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.  Saya berkahwin kerana mahu menjalankan amal ibadat dengan lebih tenang di sini apabila ada insan yang sudi menjaga saya," kata bapa kepada tujuh anak serta 17 cucu itu, lapor Bernama.



Sementara itu, Kamsiah yang kematian suami sejak 37 tahun lepas berkata beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana terpikat dengan peribadi Hussain yang taat mengamalkan ajaran agama selain mahu menjaga pasangannya itu yang mengalami sakit lutut.

"Kami merancang untuk terus tinggal di sini dan mendalami ilmu agama dan menjalankan ibadah bersama-sama sehingga akhir hayat,” katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh adik Kamsiah iaitu Hamzah Adam dengan disaksikan Timbalan Pendaftar Ipoh, Mohd Azarudin Mohamad Saarani.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata pasangan itu merupakan pasangan yang keenam membabitkan pelajar kelas pengajian agama yang bertemu jodoh di pusat pendidikan berkenaan.


"Beliau (Hussain) merupakan pelajar yang paling senior dari segi usia di sini. Kami bersyukur dapat menyatukan mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...