Skip to main content

Seminggu untuk tamat kontrak Botek



IPOH -- Pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diberikan tempoh selama tujuh hari untuk menamatkan kontrak pengendali makanan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, negeri A.Sivanesan.

Beliau menegaskan kontrak terhadap pengendali makanan dikenali sebagai 'Botek' itu tidak seharusnya disambungkan semula selepas tamat pada 31 Julai lepas berikutan mereka juga merupakan pengendali makanan yang sama terlibat dalam kejadian pertama kes keracunan makanan yang berlaku di maktab itu, pada 12 Julai lalu.

Menurut beliau, Mara perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika kejadian keracunan berulang semula akibat masih membenarkan pengendali makanan yang sama menyediakan makanan kepada pelajar maktab berkenaan.

"Kalau dalam tujuh hari Mara tidak lihat kontrak itu dan melantik kontraktor makanan baharu maka kita (Jabatan Kesihatan Negeri) tidak akan bertanggungjawab, Mara bertanggungjawab sepenuhnya.

"Keselamatan pelajar-pelajar di MRSM Taiping amat penting bagi saya, kerana mereka adalah masa depan negara," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata semasa melawat ke MRSM Taiping semalam, beliau dimaklumkan bahawa kontrak yang disambung semula pada 31 Julai lalu tidak boleh ditamatkan kerana tiada peruntukan di dalam perjanjian terbabit yang membolehkan Mara menamatkan kontrak berkenaan

"Sebagai Exco kesihatan saya telah meminta kontrak tersebut diserahkan kepada saya. Kalau perkara ini benar, ia adalah berat sebelah iaitu kontrak yang hanya menguntungkan satu pihak sahaja,\" katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri juga akan menfailkan kes keracunan tersebut di mahkamah dalam masa terdekat.

Dua kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di MRSM Taiping dalam tempoh sebulan, kes pertama pada 12 Julai lalu melibatkan 40 orang pelajar manakala kes kedua pada 31 Julai melibatkan 103 pelajar.

Keputusan ujian makmal bagi kes pertama medapati 17 daripada 33 sampel makanan yang diambil positif kontaminasi dengan pelbagai mikroorganisma patogenik dan daripada 14 sampel calitan tangan pengendali makanan mendapati sembilan sampel positif bakteria 'staphylococcus' dan 12 positif bakteria 'bacillus cereus'.


Bagi kes keracunan siasatan lanjut masih dijalankan namun siasatan awal mengesyaki ia berpunca daripada mi rojak yang dimakan para pelajar pada 31 Julai lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...