Skip to main content

Sepandai-pandai tomboy menyamar


BAGAN SERAI -- Kegiatan licik seorang penganggur menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal dengan menjadikan warga emas sebagai mangsa penipuan tumpas apabila dia ditahan polis, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata wanita yang berperwatakan dan pakaian lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Air Kuning, Taiping kira-kira pukul 2 petang pada 3 Ogos lalu hasil siasatan serta laporan seorang mangsa.
Katanya semasa ditahan, polis turut merampas empat songkok berwarna hitam dan putih yang digunakan suspek, sebuah beg hitam dan beberapa kad bank.
Beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini, dalam kejadian pada 27 Jun lalu, seorang wanita warga emas kerugian kira-kira RM12,000 selepas terpedaya dengan suspek yang datang ke rumahnya di Simpang Empat, Semanggol, dekat sini.
"Dalam kejadian itu suspek meminta mangsa menanggalkan barang kemas dan menyimpannya di dalam beg, buku bank dan telefon serta meminta mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian kepada kain batik.
​​​​​​​"Apabila mangsa keluar dari bilik, dia  mendapati suspek sudah tiada dan melarikan pelbagai barang kemas, telefon yang bernilai RM10,000 serta wang tunai RM200 milik mangsa," katanya.
Omar Bakhtiar berkata hasil siasatan ke atas suspek mendapati dia menjalankan kegiatan itu sejak 2010 di beberapa kawasan seperti di Pulau Pinang; Kulim, Kedah; Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Selama, Perak.
"Di daerah Kerian sahaja suspek terbabit dengan 61 kes membabitkan kerugian berjumlah RM165,000," katanya sambil menambah suspek kini reman sejak ditangkap sehingga esok.
Beliau berkata polis membuka 15 kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam rumah dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...