Skip to main content

Shahril tinggalkan KWSP dalam kedudukan yang sangat kukuh



KUALA LUMPUR -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini berada pada kedudukan yang sangat kukuh, selain terkenal atas tadbir urus, integriti dan mutu perkhidmatannya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Shahril yang dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu Khazanah Nasional Bhd, akan terus mengetuai dana persaraan itu sehingga melapor diri dengan dana kekayaan negara itu pada 20 Ogos, 2018.

“Saya gembira meninggalkan KWSP dalam kedudukannya yang sangat baik. Ia merupakan organisasi yang  hebat. Pengerusi, Tan Sri Samsudin Osman, serta pasukan pengurusan akan meneruskan tugas ini.

“Lima tahun dari sekarang, KWSP akan menjadi lebih baik daripada keadaan yang saya tinggalkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSC) 2018: Esok Yang Lebih Baik.

ISSC 2018 yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bakal CEO KWSP Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata KWSP sentiasa mempunyai pelan pelaksanaan lima tahun yang dinamik.

"Suka saya menyatakan bahawa sebagai orang yang sudah menjalankan strategi sejak 25 tahun yang lepas, inilah yang terbaik yang pernah saya lihat.

"Ia tidak dibangunkan secara bersendirian. Strategi kami dan cara kehadapan dibangunkan sebagai satu pasukan. Pemandunya mungkin berbeza, namun destinasinya masih sama,” katanya.

Sementara itu, Samsuddin berkata KWSP belum mendapat sebarang petunjuk atau komunikasi rasmi mengenai cadangan penggabungannya dengan Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso).

"Jujurnya kami perlu mengetahuinya selain yang kami baca di media.

"Setakat yang melibatkan kami, belum ada komunikasi rasmi. Kami belum dapat sebarang petunjuk daripada bos kami,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...