Skip to main content

Sila buktikan dakwaan itu - Zawawi



SHAH ALAM -- Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mencabar Datuk Lokman Noor Adam supaya membuktikan dakwaan bahawa pihaknya menggunakan politik wang untuk meraih sokongan pengundi.

Mohd Zawawi berkata calon BN itu perlu memastikan dakwaan yang dilemparkannya itu bukan cerita kosong semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan tersebut.

“Saya bukannya macam dia (Lokman Noor), saya orang kecil tidak banyak harta. Saya berpegang pada prinsip bebas rasuah dan politik wang serta perkara lain yang sewaktu dengannya.

“Sila buktikan dakwaan itu dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk beri kerjasama kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dalam sidang media bersempena hari terakhir kempen PRK, lapor Bernama.


Lokman Noor semalam menggesa SPR dan SPRM memantau kempen jentera PKR pada saat-saat terakhir kempen PRK itu kerana mendakwa PKR menggunakan taktik kotor termasuk politik wang.

Mohd Zawawi dalam pada itu mengulangi ikrarnya untuk memberi komitmen dan bekerja sepenuh hati sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di DUN Sungai Kandis.

Jelas beliau, perkara pertama yang akan dilakukan sebaik sahaja diberi mandat nanti adalah menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat di Bandar Puteri, Klang, yang bertujuan memudahkan beliau berhubung dengan pengundi di kawasan DUN itu.

"Buat masa ini, kita masih mempunyai pejabat di Kota Kemuning tetapi bercadang berpindah ke kawasan baharu. Saya mahu pusat khidmat ini dibuka supaya memudahkan rakyat berkongsi masalah dan aduan yang mereka hadapi.

"Malah, saya dan keluarga akan terus menetap di kediaman asal kami di Jalan Kebun supaya tidak berada jauh dari pengundi. Saya percaya pemimpin harus sentiasa berada di sisi rakyat dalam susah dan senang,” katanya.

Mohd Zawawi dalam pada itu turut merayu supaya semua pemilih berdaftar di DUN Sungai Kandis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi esok dan memilih beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu.


Selain Lokman Noor, Mohd Zawawi bakal berdepan calon Bebas K. Murthy pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...