Skip to main content

Subsidi jemaah haji muassasah tahun depan kekal


MAKKAH – Kerajaan memberi jaminan bahawa jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah Tabung Haji (TH) yang menunaikan haji akan dikekalkan seperti tahun ini untuk musim haji tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sesuai dengan asas penubuhan TH untuk memberi khidmat dan memudah cara umat Islam Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu, kerajaan akan memastikan para jemaah tidak akan terbeban oleh kos menunaikan haji.
"Kita subsidikan setiap jemaah haji kita sebenarnya lebih daripada jumlah yang dibayar oleh mereka. Mereka cuma bayar RM9,980 manakala yang kerajaan subsidikan lebih kurang RM12,000 bagi setiap jemaah.
"Kita juga ada membincangkan sama ada pelan-pelan baik pulih (bagi pengurusan haji) yang telah dijalankan akan membabitkan penambahan kos dan seterusnya membebankan kita. Namun saya diberitahu setiap penambahbaikan tidak akan melibatkan kos yang tinggi untuk para jemaah," katanya pada sidang media di sini, lapor Bernama.
Beliau berharap sektor perniagaan TH dapat berkembang pada masa akan datang dan mendatangkan pulangan yang lebih tinggi kepada syarikat dalam usaha untuk terus menampung subsidi jemaah haji Malaysia.
​​​​​​​"Bahagian perniagaan (TH) sedang melalui pemulihan. Kita sudah ada pengerusi baharu, Ketua Pegawai Eksekutif baharu dan mungkin dalam masa yang terdekat, ahli-ahli lembaga pengarah yang baharu akan diperkenalkan," katanya.
Kerajaan juga katanya akan melihat kepada pelan subsidi ibadah haji yang telah dibuat oleh ppengurusan TH yang terdahulu untuk melihat sama ada pelan tersebut masih relevan untuk diteruskan atau sebaliknya.
Mujahid turut menyambut baik kebenaran yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini hasil rundingan antara pihak TH dan Kementerian Haji Arab Saudi berkenaan waktu untuk melontar khas di jamrah pada hari-hari tasyrik bagi jemaah haji Malaysia.
"Sebelum ini kita memang minta daripada kerajaan Arab Saudi satu waktu khas kepada jemaah haji Malaysia untuk membuat lontaran di jamrah (pada hari-hari tasyrik). Sebelum ini, kita tiada satu waktu melontar yang dikhususkan oleh Arab Saudi.
"Kerajaan Arab Saudi memang sentiasa memantau dan mengehadkan bilangan jemaah haji yang memasuki bangunan jamrah bagi satu-satu masa untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berulang," katanya.
​​​​​​​Bagi tahun-tahun sebelumnya, beliau berkata waktu-waktu melontar bagi jemaah haji Malaysia akan ditetapkan sendiri oleh pihak TH, berdasarkan kepada kepadatan di kawasan jamrah dan keadaan cuaca pada waktu tersebut.
"Kita bersyukur kerana pada tahun ini secara rasmi kita mendapat izin untuk melakukan lontaran pada waktu yang terbaik dengan keadaan cuaca yang kurang panas, memandangkan jemaah kita perlu berjalan agak jauh dari khemah ke tempat melontar," katanya.
Setakat ini, beliau berkata terdapat seramai 10 orang jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di hospital di Makkah manakala 94 orang jemaah haji Malaysia sedang dirawat di pusat-pusat kesihatan TH di Makkah.
"Kalau mengikut statistik yang ditunjuk secara komparatif dengan pada tahun-tahun yang lalu, boleh kita anggap bahawa kita telah berjaya dari segi mengurangkan kematian jemaah haji di tanah suci, berdasarkan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan.
"Daripada keseluruhan bilangan jemaah haji Malaysia, setakat ini kita hanya mencatatkan tujuh kematian, enam di Makkah dan satu di Madinah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...