Skip to main content

Tiada desakan ke atas MB - Abdul Aziz Bari


IPOH -- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar  negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik  tanah  999 tahun kampung-kampung  baharu di Perak  memandangkan ia  termaktub dalam  manifesto  Pakatan  Harapan negeri.
Beliau berkata, pelan perancangan berkaitan hak milik tanah itu telah diperincikan pada Jun lalu iaitu  sebulan selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Perak.
Katanya, pelan itu juga mengandungi beberapa langkah yang perlu dilakukan Pakatan Harapan agar ia berjalan lancar selain tidak melanggari peraturan sedia ada berhubung isu tersebut.
"Hak milik kekal itu dah disebut dalam  manifesto  jadi soal  meneruskan  tidak timbul  kerana  kita  nak menunaikan janji.
"Macam di peringkat kerajaan pusat juga, kerajaan baharu dituntut untuk melaksanakan apa yang  telah dijanjikan," katanya pada sidang media selepas  Majlis Penyerahan  Cek Pinjaman  Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Sesi 2018/2019 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Selain itu, Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi  percaya  kekeliruan berkaitan isu pemilikan tanah itu sengaja ditimbulkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab agar ia mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat.
Katanya, tidak timbul langsung isu ingin merampas tanah orang Melayu dan diberikan kepada orang  Cina malah kerajaan juga tidak pernah berniat menghalau penduduk daripada  penempatan  yang  telah  didiami sejak puluhan tahun.
"Itu sebab dalam manifesto disebut perincian mengikut prosedur dan undang-undang yang ada.  Perkara ini tak melibatkan tanah baharu sebaliknya tanah lama yang telah  didiami  mereka  sejak  puluhan  tahun dulu.
"Bagi kita, perkara itu jelas tidak  akan memberi kesan  negatif kepada hasil  kerajaan dan juga  rakyat  berbilang kaum yang ada di negeri ini," katanya, lapor Bernama.
Semalam, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam satu kenyataan berkata DAP Perak tidak pernah memberi tekanan kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkaitan isu hak milik kekal tanah malah merupakan sebuah parti yang penuh bertanggungjawab, mempunyai hubungan mesra, sentiasa bekerja sebagai satu pasukan serta saling hormat menghormati.
Pada 13 Ogos lepas, Ahmad Faizal semasa menggulung perbahasan atas Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 berkata pihaknya tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 25 April 1997 menetapkan tempoh pegangan pajakan bagi kampung-kampung baharu tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...