Skip to main content

Tiada jangka masa untuk hapus tol


PETALING JAYA -- PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan kerajaan masih berbincang mengenai cadangan pengurangan tol secara berperingkat di lebuh raya kendalian syarikat itu.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, "Kita dalam usaha mencapai kata sepakat untuk kepentingan kedua-dua pihak”.
Bagaimanapun, adalah difahamkan setakat ini tiada 'time frame' ditetapkan bagi melaksana cadangan  pemansuhan tol. 
Beliau bercakap kepada media selepas melancarkan kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di Persada PLUS di sini hari ini. 
Hadir sama Pengerusi PLUS Malaysia Bhd Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.
Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata kerajaan perlu mencari keputusan 'menang-menang ' dengan syarikat-syarikat konsesi sebelum mengurangkan tol secara berperingkat,
Katanya, Kerajaan Pakatan (PH) konsisten melunaskan janji penghapusan tol secara berperingkat di seluruh negara dengan mengambil pertimbangan kedudukan kewangan negara.
Dalam perkembangan lain, Azman menjelaskan pihak PLUS sudahpun melakukan pemeriksaan di setiap plaza tolnya bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat. 
"Selepas kejadian Plaza Tol Bukit Raja yang rosak akibat ribut, kita telah menjalankan pemeriksaan dan menambah baik tahap keselamatan semua plaza tol,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu, menerusi kempen Sambutan hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, PLUS mengadakan pelbagai aktiviti termasuk peraduan foto 'Kenali Malaysia, Sayangi Malaysia', pemakaian Reben Perpaduan, Kembara Sayangi Malaysiaku bersama personaliti radio serta pameran foto kemerdekaan di Galeri Jejantas di Jejantas Sungai Buloh. 
"Sepanjang kempen ini juga, rakan niaga di semua kawasan rehat dan rawat PLUS akan menawarkan Menu Merdeka serta juadah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di gerai masing-masing sehingga akhir bulan September," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...