Skip to main content

Transaksi tambang tanpa tunai komuter mula 10 Sept


KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sekitar Lembah Klang akan melaksanakan transaksi tambang tanpa tunai berkuat kuasa pada 10 Sept depan. 
Pengurus Besar Perolehannya Mohd Hider Yusoff berkata buat permulaan, bayaran tambang tanpa tunai tersebut diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.  
"Selain menggunakan kad Touch 'n Go dan MyKad, pengenalan kad Komuter Link juga akan memudahkan urusan transaksi perjalanan pengguna," katanya pada sidang media KTM Komuter Go Cashless di sini hari ini.  
Hadir sama Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter Khair Johari Ishak.
Katanya lebih 85 peratus pengguna KTM Komuter kini sudah mengunakan transaksi bayaran tambang tanpa tunai bagi perjalanan mereka manakala selebihnya masih menggunakan token.
"Kami yakin pelaksanaannya berjalan lancar memandangkan mesin sedia ada sudah dilengkapi fungsi bagi urusan tambah nilai bagi semua jenis kad," katanya, lapor Bernama.
Khair Johari berkata selain mesin tambah nilai, KTM juga telah mula mengedarkan secara percuma lebih sejuta kad KomuterLink Dewasa dan Konsesi sejak Julai 2017 sebagai persediaan kepada peralihan tersebut. 
"Sebanyak 30,000 kad Komuter Link Dewasa akan diberi secara percuma mulai 10 hingga 16 Sept ini. Selepas tarikh tersebut, kad Komuter Link akan mula dijual semula dengan harga RM5 (tanpa tambah nilai) di kaunter tiket, mesin tiket dan melaluikru mobile team di stesen-stesen utama KTM Komuter," jelasnya.  
Pelaksanaan transaksi tanpa tunai ini juga akan menyaksikan pengguna menikmati kadar tambang yang lebih murah iaitu hingga 20 peratus, di samping menjimatkan masa beratur di kaunter atau mesin tiket untuk membayar tambang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...