Skip to main content

Tuntutan Orang Asli tak munasabah - Mohd Amar



KOTA BHARU -- Banyak tuntutan yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli yang mengadakan sekatan pembalakan di Gua Musang tidak munasabah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata antaranya termasuklah setiap keluarga diberikan tanah seluas 20 hektar dan kawasan tempat mereka mencari makan dijadikan sebagai kawasan rayau.
"Jika setiap keluarga menuntut tanah seluas 20 hektar maka kerajaan negeri perlu sediakan 80,937 hektar. Jika begitu bagaimana kerajaan negeri nak memperoleh hasil," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini, lapor Bernama.
Jumaat lepas, 220 masyarakat Orang Asli diketuai Pengerusi Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simpor (Jaringan) Nur Mohd Shafiq Dendi Abdullah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung masalah pencorobohan tanah di kawasan mereka.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata Jaringan merupakan sebuah badan yang tidak berdaftar dan menyukarkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan mereka.
"Mereka badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berdaftar dan dakwa mewakili Orang Asli sedangkan kita difahamkan tok batin dan penghulu (yang dilantik oleh kerajaan negeri) tidak mengikut Jaringan. Bagaimana Jaringan boleh dakwa Orang Asli mengikut mereka.
"Saya sendiri ragu berapa ramai Orang Asli mewakili (menyertai) Jaringan... sebab itu kita ambil keputusan untuk mengutamakan pandangan yang dikemukakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan tok batin," katanya.
Mohd Amar berkata setakat ini kerajaan negeri telah menggazetkan tiga kawasan untuk digunakan oleh masyarakat berkenaan di negeri itu dan sebarang projek yang diluluskan kerajaan negeri tidak mengganggu kawasan yang dikhususkan kepada masyarakat tersebut.
"Kawasan lain untuk digazetkan sedang dalam penelitian Pejabat Tanah dan Galian," katanya

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...