Skip to main content

13 jam di ibu pejabat SPRM dan I‘m ok. Alhamdullilah


PUTRAJAYA -- Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi tadi dan kelihatan beredar pada jam 10.40 malam setelah selesai memberi keterangan  bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau kelihatan tenang ketika diserbu puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM  seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu. 
“I‘m ok.  Alhamdullilah,” katanya sambil senyum kepada media. 
Difahamkan SPRM membenarkan Rosmah berhenti memberi keterangan pada  6.30 petang tadi dan sambung  memberi keterangan pada Khamis. 
Namun, beliau memilih untuk sambung memberi keterangan.
Turut kelihatan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM adalah peguam kepada Rosmah, Datuk K. Kumaraendran.
“Rosmah telah selesai memberi keterangan dan tidak perlu hadir ke SPRM esok (Khamis),” kata Kumaraendran.
Ini merupakan kali kedua Rosmah hadir di sini untuk memberi keterangan kepada SPRM dengan kali pertama pada 5 Jun lalu di mana beliau disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan terhadap syarikat subsidiari, 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Pada selasa, pegawai SPRM telah pergi ke rumah Rosmah di Taman Duta, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur,  bagi memberi notis perintah hadir kepada Rosmah untuk diambil keterangan kes itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.
Pada Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...