Skip to main content

14,000 pemegang lesen terbang diburu


PUTRAJAYA -- Seramai 14,000 pemegang 'lesen terbang' di seluruh negara diberi tempoh sebulan bermula Khamis untuk menyerahkan lesen masing-masing di mana-mana Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atau dijejaki pihak berkuasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata maklumat mengenai lesen terbang terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak sejak 4 Sept lalu.
"JPJ mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti pemegang lesen terbang, pegawai JPJ dan pejabat cawangan JPJ yang mengeluarkan lesen berkenaan,” ​katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini. 
Loke yang tidak menolak kemungkinan ada lagi petugas JPJ yang akan ditahan SPRM selepas ini, berkata kesemua 12 yang ditahan sebelum ini dikenakan tindakan tahan kerja walaupun belum  menghadapi pertuduhan di mahkamah. 
"Tindakan tahan kerja  adalah kerana  kesalahan yang mereka lakukan serius dan supaya menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya, lapor Bernama.
Kesemua 12 pegawai dan anggota JPJ yang ditahan melibatkan seorang timbalan pengarah gred 44, masing-masing dua penolong pegawai penguat kuasa KP29 dan ketua pembantu penguat kuasa KP22 serta enam pembantu penguat kuasa KP19 dan seorang pembantu tadbir N19.  
Menurut Loke, modus operandi mengeluarkan lesen terbang ialah menggunakan prosedur penukaran lesen memandu luar negara kepada lesen memandu Malaysia sedangkan pemohon berkenaan tidak pernah memiliki lesen memandu di luar negara mahupun berkunjung ke luar negara. 
"Lesen terbang berkenaan dijual di antara RM2,000 hingga RM3,500 melalui iklan di laman sosial. Pembeli hanya perlu membuat bayaran dan lesen akan dipos ke rumah," katanya. 
Menurut Loke, terdapat  warga asing yang memiliki lesen terbang dengan sebahagian besarnya melibatkan warga China.
Sebagai langkah penambahbaikan dan membendung gejala lesen terbang pada masa akan datang, beliau berkata JPJ akan memperhalusi kaedah ‘conversion’ (penukaran lesen memandu luar negara kepada lesen memandu Malaysia) dan menimbang  kaedah mengiktiraf lesen memandu asing.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...