Skip to main content

Ada desakan saya bertanding di Port Dickson


SEREMBAN -- Bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor hari ini mengakui menerima desakan daripada rakan lama dalam PKR dan gerakan reformasi untuk beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Hisbah Centre for Reform itu berkata beliau setakat ini belum  membuat apa-apa keputusan mengenainya dan akan berbincang secara terperinci dengan rakannya berhubung perkara itu.
“Petang ini saya akan berjumpa dengan rakan lama saya  dalam PKR dan pejuang awal reformis untuk mendapatkan pandangan mereka. Tidak betul mengatakan bahawa saya akan umumkan soal pendirian saya malam ini kerana saya baru sahaja nak fikirkannya memandangkan saya baru tiba dari Jakarta, Indonesia, pagi tadi.
“Sememangnya tidak dinafikan ada desakan kuat daripada rakan-rakan lama saya khususnya mereka yang tidak sehaluan dengan Anwar sebelum ini untuk saya bertanding sebagai calon bebas. Namun desakan itu semakin kuat dan memuncak dalam seminggu ini memandangkan UMNO tidak meletakkan calon mereka bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan bahawa beliau akan mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding atau sebaliknya dalam PRK Parlimen Port Dickson, malam ini.
Mengulas lanjut, Mohd Ezam berkata segala aspek termasuk penyertaan PAS dalam PRK berkenaan akan diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil, lapor Bernama.
PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain selain Anwar iaitu dua parti politik, PAS dan Parti Rakyat Malaysia, selain calon bebas yang juga personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong untuk mengambil bahagian.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding  jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...