Skip to main content

Ada lagi pertuduhan ke atas Najib - Noor Rashid



GEORGE TOWN -- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berhadapan beberapa lagi pertuduhan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kes 1MDB dan banyak lagi siasatan kes itu belum lengkap ketika ini serta ia mengambil sedikit masa.
"Ya memang akan ada lagi pertuduhan (di mahkamah) ke atas Datuk Seri Najib kerana banyak lagi siasatan masih dijalankan terhadap beliau termasuk siasatan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (pecah amanah), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil  daripada Aktiviti Haram  (AMLATFA) 2001.
Cuma ia mungkin mengambil sedikit masa kerana seperti saya katakan sebelum ini, kes itu memerlukan siasatan yang teliti dan rapi kerana sebahagian bukti-bukti ada di luar negara dan kami perlu melalui pejabat Peguam Negara (AG) untuk mendapatkannya.
"Negara yang terlibat ialah Switzerland, Singapura, Amerika dan ada dua tiga negara lain, kami telah pun mengambil tindakan dengan negara terlibat dengan menghubungi AG mereka dan satu perbincangan telah di buat namun siasatan itu akan mengambil masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia (USM).
Baru-baru ini, Najib berdepan dengan 21 pertuduhan iaitu melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Sementara itu, Noor Rashid berkata polis juga akan memanggil isteri bekas perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor bagi membantu siastaan berhubung rampasan barang-barang kemas yang sebahagian miliknya, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.
"Sekarang ini tengah proses mengenal pasti identiti barang-barang kemas yang dirampas itu dan pakar serta syarikat yang berkaitan sedang menjalankannya...selepas selesai semua itu polis akan memanggil Datin Seri Rosmah untuk  membantu siasatan terutama bagi membuat pengesahan adakah ia (barang kemas) miliknya," katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata polis juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai semalam bagi membantu siasatan kes 1MDB, kerana dipercayai beliau juga mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Sehingga sekarang, polis telah rakam percakapan 64 orang dan mungkin ramai lagi yang akan dipanggil. Kes 1MDB ini adalah kes yang besar dan banyak aspek perlu diteliti serta pelbagai pecahan di dalam (kes) itu polis kena siasat. Banyak kami kena siasat...bagi ruang kepada polis," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...