Skip to main content

Anwar pilih antara Nibong Tebal dan Port Dickson?


GEORGE TOWN -- Nibong Tebal, Permatang Pauh, Pandan dan terbaru Port Dickson adalah antara kerusi Parlimen yang disebut-sebut menjadi pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam langkah untuk menjadi perdana menteri kelapan.
Dua daripada kerusi itu ialah di Pulau Pinang, satu di Selangor yang kini disandang oleh  isteri Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr  Wan Azizah Wan Ismail dan yang terbaru itu ialah di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Cakap-cakap tentang kerusi yang bakal ditandingi Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR semakin hangat menjelang pengumuman rasmi yang dijangka dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin.
Sebelum ini angin kuat mengatakan Anwar akan ke Nibong Tebal di Pulau Pinang, negeri yang  merupakan ‘tapak’ permulaan karier politiknya.
Nibong Tebal kini diwakili Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman yang menang pilihan raya umum lepas dengan majoriti 15,817 undi manakala Permatang Pauh, yang merupakan kubu kuat parti itu diwakili anak Anwar, Nurul Izzah yang menang dengan majoriti 15,668 undi.
Bagaimanapun semalam, Mansor menafikan akan melepaskan kerusi Parlimen Nibong Tebal bagi memberi laluan kepada Anwar dan terdahulu itu Saifuddin Nasution pula dilapor berkata Anwar tidak akan bertanding di negeri-negeri utara semenanjung. Hari ini Saifuddin turut menafikan Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan.
Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, kerusi yang akan dipilih oleh Anwar itu nanti adalah kerusi paling selamat berdasarkan kepada kajian serta mengambil kira keputusan pada pilihan raya umum yang lepas.
Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata jika pilihan Anwar ialah di Pulau Pinang, kerusi parlimen yang dikira paling ideal ialah sama ada Permatang Pauh atau Nibong Tebal dan jika di luar Pulau Pinang beberapa faktor perlu diambil kira termasuk faktor demografi dan geografi, lapor Bernama.
Beliau berkata jika di luar Pulau Pinang, perkara yang perlu dilihat ialah sekiranya Anwar menjadi timbalan perdana menteri terlebih dahulu sebelum menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah perlu berkorban walaupun sebelum ini beliau dilapor tidak akan melakukannya.
“Ini akan menutup cerita nepotisme. Namun, pemimpin paling popular kini adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah dan jika beliau kosongkan, kesannya juga pada bilangan (anggota Parlimen) wanita,” katanya.
Sivamurugan berkata turut boleh diambil kira ialah dua kerusi yang dipegang oleh pemimpin PKR seperti Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu dan lain-lain supaya pengorbanan mengosongkan kerusi yang dipegang itu tidak memberi impak dengan pemimpin berkenaan masih boleh berperanan.
Beliau berkata PKR juga boleh mengambil kira kerusi-kerusi yang penyandangnya tidak lagi berminat untuk berkhidmat dan mahu menumpukan perhatian kepada profesion atau perniagaan.
“Tetapi kesemua ini perlu fikirkan demografi dan geografi serta elak dari isu nepotisme dan kronisme kerana kerusi ini adalah untuk ‘PM In Waiting’ dan menjamin kemenangan mudah kepada beliau. Jika komposisi etnik seperti Nibong Tebal, ia memberi gambaran populasi nasional.
“Dalam ramai tawarkan kerusi, ada juga yang terang-terang bagi tahu tidak mahu serahkan kepada seorang yang mahu dinobat sebagai perdana menteri,” katanya.
Ada juga pemerhati politik yang kuat mengatakan bahawa Anwar akan kembali ke Permatang Pauh dan Nurul Izzah akan memberi laluan, dan sebagai timbal balasnya, puteri sulung Anwar itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, jika keadaan itu berlaku akan membawa risiko kepada dua pilihan raya kecil dan Nurul Izzah tidak dibenar bertanding kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun dari tarikh mengosongkan kerusi itu.
Syarat itu mengikut Artikel 48(6) Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan Ahli Dewan Rakyat bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun dari tarikh peletakan jawatannya.
Bagaimanapun, Nurul Izzah boleh bertanding kerusi dewan undangan negeri.
Setelah semua kerusi yang diperkatakan sebelum ini dinafikan oleh Setiausaha Agung PKR, kini hanya tingga kerusi Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan yang masih menjadi tanda tanya.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...