Skip to main content

Anwar puji Azmin, Rafizi


SINGAPURA -- Kedua-dua calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah “pintar”, cerdas dan mempunyai rekod yang baik”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang baru-baru ini memenangi jawatan Presiden PKR berkata demikian pada Siri Syarahan Kepimpinan Ho Rih Hwa yang dianjurkan oleh Singapore Management University.
Anwar selaku penceramah terkemuka ke-10 bagi Siri itu berucap atas topik bertajuk “Kepimpinan pada Abad Ke-21: Angin Perubahan”.
Anwar menjawab soalan daripada hadirin yang bertanya bagaimana beliau akan menyatukan Mohd Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kedua-duanya bertanding merebut jawatan tersebut.
“Apa masalahnya? Ini adalah pemilihan demokratik. Mereka adalah dua personaliti… Mengapa pula ini akan membawa perpecahan dalam parti… (Kemungkinan) satu-satunya penyelesaian ialah tidak ada pertandingan… jadi saya akan mengikuti kaedah Korea Utara.
“Ini adalah demokrasi yang anda perlu bersikap toleransi...anda harus menerima hakikat bahawa mereka perlu berkempen… semangat demokratik yang mereka kekalkan untuk bertanding… memenangi pemilihan,” kata beliau, lapor Bernama.
Pemilihan akan diadakan secara berperingkat bermula Sabtu hingga 28 Okt untuk memilih wakil Majlis Kepimpinan Pusat iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), ketua Wanita dan anggota majlis.
Anwar menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR.
“Memang menjadi tugas saya sebagai presiden untuk membawa mereka bersama dan memberi peranan yang sesuai kepada calon yang tewas dalam pemilihan parti...lebih-lebih lagi ini adalah pemilihan di kalangan anggota parti,” kata beliau.
Beliau menarik perhatian bahawa media yang “nampaknya” melaporkan bahawa terdapat perpecahan dalam PKR.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...