Skip to main content

Azmin nafi mahu tinggalkan PKR


SEBERANG JAYA -- Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin menafikan beliau mahu meninggalkan parti sebaliknya menegaskan bahawa tumpuan perlu diberikan kepada kerusi Parlimen Port Dickson.
Beliau berkata, keputusan parti untuk mengosongkan kerusi Port Dickson tidak sepatutnya dipanjangkan lagi dan sebaliknya tumpuan parti sekarang adalah memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan (PH).
Katanya, tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan PKR yang menjadi wadah perjuangannya sejak mula sambal menyifatkan ia sekadar khabar angina.

Beliau, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson sudah menjadi "akademik" dan tidak perlu dibincang panjang lagi.

"Saya rasa tumpuan kita sekarang untuk memastikan kerusi Port Dickson itu kekal di tangan Pakatan Harapan melalui PKR dan saya telah menggesa anggota parti untuk bersatu dan bekerja kuat bagi mengekal kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan dengan anggota dan pemimpin PKR dari Wilayah Utara.
"Nama pun khabar angin, macam mana lah saya nak respon dengan khabar angin ini...jangan terpengaruh dengan cerita seperti ini.
"Saya antara pemimpin yang telah bersama-sama dengan rakyat untuk membawa perubahan, tak kan setelah dah menang, dah berubah saya nak tinggal perjuangan ini. Ini satu tohmahan yang tidak berasas," katanya.
Tambahnya, beliau percaya anggota parti kini sudah cukup matang untuk melihat siapa yang telah diuji dan teruji dalam pemilihan parti kali ini.
Mohamed Azmin berkata demikian selepas ditanyakan pandangannya terhadap keputusan pengosongan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, yang didakwa hanya dibuat oleh beberapa individu dalam parti sahaja.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, semalam mengumumkan mengosong  kerusi yang disandangnya untuk ditandingi Anwar dalam usaha PH agar beliau boleh  masuk dalam Parlimen.

Bagaimanapun bagi mengulas mengenai dakwaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengenai keputusan Danyal mengosongkan kerusi untuk Anwar hanya dibincang oleh kelompok tertentu, Mohamed Azmin berkata pandangan beberapa pemimpin itu adalah pandangan serius dan harus diberi perhatian.

"Saya percaya perkara ini boleh kita selesai dalam muafakat parti supaya tidak berlaku, terlepas pandang seperti ini pada masa akan datang," katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...