Skip to main content

Bagi tahu jika ada pegawai minta rasuah - Khalid Samad


KUALA LUMPUR -- Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mahu persepsi bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai lubuk rasuah bagi kontraktor dalam mendapatkan projek dihentikan segera.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang terlibat dengan gejala itu, termasuk budaya menghulur sogokan, suapan serta komisen dan sebaliknya mahu golongan itu mengutamakan profesionalisme dalam menjalankan setiap tanggungjawab.
"Sekiranya ada pegawai DBKL meminta rasuah daripada kontraktor sila maklumkan, saya ingin buang persepsi orang awam yang melabelkan DBKL sinonim dengan rasuah," katanya ketika ditemui pada sesi perjumpaan dengan lebih 700 kontraktor utama penyelenggaraan DBKL di Institut Latihan DBKL.
Sementara itu, beliau menolak khabar angin yang mengatakan DBKL tidak akan membayar kontraktor yang dianggap sebagai kroni kepada parti pemerintah terdahulu.
"Khabar angin itu bertujuan mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DBKL, semua perjanjian akan dihormati. Pentadbiran baharu PH kita tidak bertindak mengikut perasaan dan emosi parti atau politik kepartian.
"Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan (kontraktor) membuat kerja, tuan-tuan dan puan-puan berhak menerima bayaran, sama ada UMNO ke PAS ke, saya tidak kisah yang penting tunaikan tanggungjawab," katanya.
Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam mahu setiap kontraktor menjalin hubungan baik dengan anggota Parlimen yang berkhidmat supaya setiap aduan dapat ditangani segera.
Dalam pada itu, beliau berkata DBKL membelanjakan hampir RM500 juta setiap tahun untuk membayar semua kontraktor yang dilantik serta aduan tertinggi diterima pada 2017 dan tahun ini ialah jalan berlubang, diikuti lampu jalan rosak, selain masalah penyelenggaraan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...