Skip to main content

BAM sahkan Chong Wei didiagnosis kanser hidung tahap tiga


KUALA LUMPUR -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini
mengesahkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah didiagnosis menghidap barah
hidung peringkat awal.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pada masa ini Chong Wei berada di
Taiwan bagi mendapatkan rawatan sambil berehat untuk sembuh bersama keluarga dan kawan
rapat.

“Berhubung laporan mengenai Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini, BAM
mengesahkan pemain itu telah didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal.

“Kami menggesa semua pihak agar menghormati privasi beliau dan keluarga,” katanya dalam
satu kenyataan.

Kenyataan BAM itu sebagai respons kepada satu laporan yang tular menyatakan pemenang
pingat perak Olimpik tiga kali tersebut menghidap barah hidup tahap tiga.

“Bagi pihak Chong Wei, saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan
keprihatinan kalian. BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan menyalurkan
segala bantuan yang perlu kepada legenda kita itu,” kata Mohamad Norza, lapor Bernama.

Pada Julai lalu, BAM mengeluarkan kenyataan menyatakan Chong Wei tidak akan
mengambil bahagian dalam dua kejohanan utama disebabkan masalah kesihatan
serta telah dinasihatkan agar berehat oleh
doktor selepas menjalani rawatan berikutan masalah berkaitan respiratori.

Dua kejohanan utama berkenaan ialah Kejohanan Dunia BWF dan Sukan Asia Jakarta-
Palembang 2018 yang masing-masing berlangsung bulan lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...