Skip to main content

Banyak perlu dibaiki, kata Tun Mahathir


LONDON -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan dua tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada sesi pertemuan dan dialog bersama hampir 200 rakyat Malaysia di United Kingdom pada Ahad, Dr Mahathir berkata kerosakan kewangan negara dan jentera pentadbiran oleh parti pemerintah terdahulu boleh menyebabkan Malaysia hancur jika parti sama kekal menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"(Malaysia) jadi kawasan ditakluk orang lain, kita hilang kuasa di negara sendiri," katanya mengenai kesan kerosakan tersebut, sambil menambah rakyat memberi sokongan kepada PH untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak memberi tumpuan kepada kebaikan negara dan pembangunan negara serta masalah rakyat yang tertekan dengan isu kos sara hidup.       

Dalam pertemuan yang berlangsung dalam rangka lawatan kerja peringkat pertamanya ke United Kingdom, Dr Mahathir berkata jentera pentadbiran negara dirosakkan sehingga mereka menjadi korup dengan terlibat dengan rasuah daripada peringkat tertinggi hingga rendah.

Beliau juga berkata jentera pentadbiran itu juga memihak kepada parti pemerintah hingga sanggup berkempen secara langsung dan terbuka untuk membantu BN walaupun mereka sepatutnya bersikap berkecuali.

"Kesetiaan mereka bukan kepada pemerintah tetapi pada parti yang memerintah," katanya, sambil menambah ia tidak menepati kehendak perlembagaan negara yang jentera pemerintah seperti polis dan tentera harus patuh pada arahan kerajaan semasa tetapi bukan menepati arahan parti berkuasa.

Mengenai pemulihan kedudukan kewangan negara, Dr Mahathir berkata ia penting untuk dilakukan walaupun sukar dan ia berkemungkinan akan menyebabkan kerajaan menjual aset-aset untuk mendapatkan wang untuk membayar hutang.

Menurutnya, kerajaan terdahulu berhutang kira-kira RM1 trilion dan hutang tersebut perlu dibayar kerana jika tidak dibayar, negara mungkin akan bankrap hingga menimbulkan banyak masalah kepada negara.

"Kita kehilangan wang yang dihutang, kita tidak  tahu di mana ia (wang) pergi, jadi kita tidak ada wang untuk bayar hutang," katanya.

Dr Mahathir berkata bajet selalunya akan menjadi defisit kerana wang yang tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk pentadbiran dan pembangunan termasuk biasiswa untuk penuntut.

"Banyak lagi yang perlu diperbaiki, kalau diberi masa kita (kerajaan) akan dapat atasi masalah-masalah yang dihadapi," katanya.

Pada sesi dialog yang turut mengutarakan mengenai biasiswa, Dr Mahathir berharap penerima biasiswa dapat mempercepatkan proses pengajian, dengan menjadikan Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein sebagai contoh yang menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dalam tempoh dua tahun berbanding tiga tahun kebiasaannya.

"Kalau boleh kurangkan masa supaya boleh balik dan berkhidmat," katanya yang menerima tepukan.

Pada pertemuan yang turut membangkitkan mengenai kereta nasional, Dr Mahathir menjelaskan bahawa pembangunan kereta nasional bukanlah untuk kebanggaan untuk mengadakan kereta nasional tetapi untuk memberi peluang kepada negara terlibat dalam kejuruteraan.

Beliau berkata membina sebuah kereta yang mempunyai 4,000 alat bukan mudah dan bukan sebarang graduan kejuruteraan boleh melakukannya jika mereka tidak praktis aspek kejuruteraan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...