Skip to main content

Beri ruang kepada Tun Mahathir - Anwar


BUTTERWORTH -- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberikan ruang dalam menentukan sebarang keputusan terbaik berhubung pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator keamanan di selatan Thailand.
Beliau tidak menafikan pelantikan itu tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak terutamanya yang masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan oleh Abdul Rahim ketika memegang jawatan Ketua Polis Negara sebelum ini.
"Saya tahu ada yang menganggap ini sebagai isu peribadi, tapi kita perlu ingat kerana sekarang  kita bercakap mengenai bekas seorang Ketua Polis Negara dan perilaku jenayah (yang melibatkannya).Kita juga perlu mengetahui fakta bahawa ruang harus diberikan kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk menentukan  apa yang terbaik.
"Dalam hal ini, ia bukan hanya tentang kes Anwar (insiden mata lebam ketika berada dalam tahanan), sebaliknya, pengajaran yang boleh diambil oleh orang lain (susulan isu berkenaan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) peringkat Pulau Pinang.
Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan anaknya yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah yang membantah  keras pelantikan Abdul Rahim  untuk  menyandang jawatan berkenaan.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR sebelum ini menerusi catatan di Twitternya  menyifatkan Abdul Rahim sebagai penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.
Abdul Rahim menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim sebagai fasilitator baharu untuk proses pendamaian di selatan Thailand antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) khususnya di selatan Thailand.
Terdahulu dalam ucapannya,  Anwar meminta kesemua pimpinan PKR terutama yang terlibat dengan pemilihan kembali ke landasan yang betul serta tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa ketika bertanding.
"Saya hendak tegaskan suasana kita sekarang berbeda dari masa mula-mula kita asaskan parti. Kita sekarang adalah parti pemerintah  dan parti terkuat di Parlimen," katanya, lapor Bernama.
Anwar berkata agenda ekonomi kini perlu berubah  dan perlu dipacu pertumbuhannya dengan lebih segar agar dapat membela nasib rakyat,

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...