Skip to main content

Bomba sudah bersedia hadapi musim banjir


BESUT -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan 13,000 anggotanya di seluruh negara kini bersiap siaga menghadapi bencana banjir yang sering berlaku pada hujung tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Amer Yusof berkata pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menghadapi bencana tersebut terutama berkaitan logistik, pelan tindakan kecemasan dan latihan kepada anggota-anggota yang terlibat.

"Secara khususnya kita mempunyai 43 Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dengan kekuatan 530 anggota di seluruh negara.

"Kita juga telah mengarahkan setiap negeri untuk mengadakan sekurang-kurangnya simulasi berkaitan penyelamatan ketika banjir sebanyak tiga kali setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kursus Rekreasi Laut Dalam dan Keselamatan Di Air di Pulau Perhentian, lapor Bernama.

Hadir sama Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kelantan Aidil Afizie Daud.

Kursus yang diadakan dengan kerjasama antara JBPM dan MOTAC Kelantan selama tiga hari yang bermula Isnin lepas dan berakhir semalam itu turut disertai seramai 144 peserta terdiri daripada orang awam, pengamal media selain anggota JBPM Kelantan dan Selangor.

Dalam perkembangan lain, Amer berkata purata 364 kejadian lemas direkodkan di seluruh negara sejak 2014 hingga 2017 dan merupakan satu angka yang sangat tinggi.

"Maknanya terdapat satu orang yang mati akibat lemas di seluruh negara pada setiap hari dan sejak Januari hingga Ogos lepas, terdapat kira-kira 300 kes lemas dicatatkan telah berlaku.

"Kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan remaja dan lokasi kejadian berlaku di kawasan sungai dan pantai dan perkara ini boleh dielak jika mereka mengetahui tentang risiko yang akan dihadapi jika berada di kawasan berkenaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...