Skip to main content

Balasungkawa untuk bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Seberang Jaya, di sini pada Khamis.
Allahyarham yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap dirawat di hospital itu sejak tiga hari lepas sebelum meninggal dunia pada usia 70 tahun kira-kira pukul 12 tengah hari.
Beliau yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2004 hingga 2008 meninggalkan isteri Datin Seri Rabaayah Md Naim dan tiga orang anak.
Jenazah Abdul Rashid dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Tambun Indah, Simpat Ampat dekat sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Bakap selepas solat Asar.
Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Noorhiesham Ismail berkata beliau hanya mengetahui arwah dimasukkan ke hospital pagi ini dan bergegas untuk menziarahi bekas majikannya itu namun dikejutkan dengan berita kematian Abdul Rashid.
“Saya dimaklumkan arwah jatuh pengsan di rumahnya dan terus dimasukkan ke hospital untuk rawatan sebelum beliau disahkan meninggal dunia sebentar tadi,” katanya ketika di temui di HSJ, lapor Bernama. 
Mengulas lanjut mengenai pengalaman bersama arwah, beliau yang pernah bertugas sebagai pembantu khas kepada Allahyarham pada tahun 2005 hingga 2008 begitu kagum dengan sifat dimiliki Abdul Rashid.
Katanya sikap arwah yang tegas, berdisplin dan tidak suka bertangguh ketika melakukan setiap pekerjaan menjadi perangsang kepada kerjaya dirinya suatu ketika dahulu hingga mengenali bidang politik.
“Saya ingat lagi sepanjang bekerja dengan beliau begitu banyak ilmu  diperoleh dan beliaulah pemimpin terawal yang mengajar saya ketika mula-mula menyertai politik sehingga menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO hingga ke hari ini.
“Bagi saya, kehilangannya begitu perit kerana saya menganggapnya bukan hanya sebagai majikan tetapi seorang ayah yang banyak membantu dan berjasa kepada masyarakat," katanya
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata allahyarham seorang yang sangat komited dan banyak membantu UMNO Pulau Pinang sepanjang beliau bersama parti itu.
"Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sedih dengan kehilangan beliau dan kami mengucapkan takziah kepada balu serta seluruh anggota keluarga allahyarham," katanya.
Antara jawatan yang pernah disandang Abdul Rashid dalam kerajaan pada sekitar tahun 1970-an ialah Penolong Setiausaha, Kementerian Penerangan Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Sosioekonomi Jabatan Perdana Menteri dari 1988 dan 1989
Beliau kemudian menceburi politik sepenuh masa pada 1993 dan menjadi ADUN  Sungai Bakap selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2004 serta dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...