Skip to main content

Buruh Bangladesh didenda RM30 ribu simpan pasport orang lain


PONTIAN -- Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara enam tahun lapan bulan, denda RM30,000 serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Imigresen di Pekan Nanas, dekat sini pada Isnin, selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan.
Hakim Zahilah Md Yusof mengarahkan hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan terhadap Md Mohiuddin Mamun, 40.
Buruh binaan itu menghadapi 14 pertuduhan menyimpan pasport milik orang lain,  satu pertuduhan salah guna pas dan satu lagi pertuduhan cuba untuk membuat, memalsukan atau meminda sesuatu dokumen untuk digunakan sebagai suatu visa, permit, pas atau kelayakan, di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Tertuduh didapati melakukan kesemua kesalahan berkenaan pada 27 Ogos tahun ini di dua lokasi iaitu di sebuah premis dan sebuah rumah sewa di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, antara pukul 4 hingga 5 petang.
Atas kesalahan menyimpan pasport milik orang lain, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum maksimum denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, lapor Bernama.
Sementara itu, atas kesalahan salah guna pas, Md Mohiuddin didakwa di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan.
Bagi pertuduhan memalsu atau meminda dokumen, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1A) (a) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dibaca bersama Seksyen 55D Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun, serta boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam kali. 
Kes dikendalikan  Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Norzuriana Muhammad Nor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...