Skip to main content

Dakwaan Abdullah Sani tidak relevan - Azmin


PETALING JAYA -- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan anggota Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bahawa pemilihan beliau sebagai timbalan presiden PKR akan menyebabkan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang berlaku pada 2014 berulang di peringkat persekutuan.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, pemilihan mana-mana menteri besar perlu melalui proses tertentu dan tidak mungkin seorang individu boleh menentukan kedudukan seorang individu yang lain.
“Dia (pelantikan menteri besar) ada proses yang dibincang, diputuskan dan diangkat kepada pihak istana untuk proses seterusnya.
“Jadi saya rasa benda itu (dakwaan Abdullah Sani) tidak relevan kerana presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan proses (pelantikan menteri besar),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Perdana Selangor 2018, lapor Bernama.
Dalam wawancara dengan sebuah portal berita berbahasa Inggeris, Abdullah Sani meminta anggota PKR memilih pemimpin yang jujur dan setia.   
Memberi contoh krisis pelantikan menteri besar Selangor pada 2014, anggota Parlimen Kapar itu berkata Mohamed Azmin menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meskipun pada awalnya nama beliau tidak dicalonkan oleh parti.
“Ketika itu, nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dicalonkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu selepas mendapat majoriti sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor, entah bagaimana PAS calonkan Mohamed Azmin dan namanya dibawa ke istana tanpa restu parti,” demikian  menurut Abdullah Sani seperti dilaporkan portal berita tersebut.
Dalam pada itu, mengenai cabaran Abdullah Sani supaya beliau (Azmin) membuktikan kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada ketua umum parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil, Mohamed Azmin menjawab: “Jadi siapa yang tidak surrender (kerusi Parlimen) itu maksudnya tidak setialah?”
“Dalam konteks itu pada pemahaman saya seolah-olah siapa yang tidak surrender tidak setia. Bagaimana dengan kenyataan Nurul Izzah Anwar? Saya nak tanya you,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tanpa mengulas lanjut.
Nurul Izzah sebelum ini menafikan dakwaan sebuah portal kononnya beliau akan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan kepada bapanya (Anwar) bertanding di kawasan itu.
Jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung dari 14 Sept hingga 13 Okt depan, menyaksikan pertembungan sengit antara Mohamed Azmin dengan Rafizi sementara Anwar  menang tanpa bertanding kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...