Skip to main content

Dakwaan ke atas Najib tindakan terdesak


KUALA LUMPUR -- Tuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan bahawa pihak berkuasa  sedang dalam cubaan terdesak berkaitan dengan 1MDB  untuk memenuhi manifesto kerajaan sekarang pimpinan Pakatan Harapan (PH), dakwa peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah .
Menurut Shafee tuduhan itu juga tidak cukup kuat dan mampu untuk menghukum pelanggannya  kerana beliau telah mengembalikan 90 peratus  daripada dana yang diterimanya kepada  akaun penderma.  
"Saya agak terkejut dan pada masa yang sama gembira dengan  jenis tuduhan yang mereka  kemukakan  kerana ia adalah tuduhan yang terdesak.
“Ini jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa terdesak, hanya untuk membawa pertuduhan yang berkaitan dengan 1MDB (ke mahkamah) supaya mereka boleh menunaikan  kewajipan mereka terhadap manifesto pilihan raya PH," katanya semasa sidang media selepas Najib didakwa di mahkamah.
Beliau berkata Najib telah mengembalikan sejumlah US$651 juta pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2013 kepada Arab Saudi, selepas pilihan raya umum (PRU13) berakhir kerana dia telah selesai dengan perbelanjaan yang berkaitan dengan kempen politik.
Ditanya mengenai buku yang berjudul "Billion Dollar Whale" yang ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope yang mendakwa bahawa Najib telah diperdayakan oleh ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho atau Jho Low, peguam itu menjawab "Jika buku itu boleh dijadikan bukti, sangat menarik ".
“"Buku itu mungkin mengesahkan bahawa  ahli perniagaan Jho Low sebenarnya memperdayakan rakyat seperti Najib sebagai mangsa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...