Skip to main content

Datuk bandar KL sah letak jawatan


KUALA LUMPUR -- Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz pada 1 Sept lepas.

Katanya beliau belum memberi jawapan terhadap surat bernotis 30 hari berkenaan kerana berpandangan perkara tersebut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu selain turut bergantung pada isu pengganti.

"Saya difahamkan surat peletakan itu dibuat kerana beliau (Mhd Amin Nordin) rasa dah lama sangat dalam DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) (iaitu ) selama 40 tahun. Sekarang beliau memikirkan tumpuan masa untuk bersama keluarga.
         
"...dan kita hormati hasrat beliau serta menghargai sumbangannya.  Sekarang kita (kementerian) kena mainkan peranan untuk mencari pengganti yang sesuai,"  katanya pada  sidang media di Menara DBKL di sini.
        
Khalid berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Khalid berkata proses pemilihan Datuk Bandar yang baharu itu juga  tidak akan melalui proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaliknya melalui perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta jemaah menteri.

“...serta proses akan angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong kalau ia (pelantikan baharu) berlaku,” katanya.

Mhd Amin Nordin, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-11, mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran terutamanya di DBKL.

Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai timbalan pengarah di Jabatan Landskap DBKL pada 1978 ketika berusia 22 tahun. 
        
Beliau pernah berkhidmat di bawah pentadbiran 10 orang Datuk Bandar Kuala Lumpur, termasuk di bawah Allahyarham Tan Sri Elyas Omar sebagai pegawai khasnya selama empat tahun. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...