Skip to main content

Datuk kena sebat sebab masukkan jari dalam kemaluan cucu


PUTRAJAYA -- Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan diperintahkan supaya disebat dua kali oleh Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak kerana melakukan hubungan seksual dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan seorang bayi perempuan berumur 11 bulan.
Hakim Mohamad Kamil Nizam memerintahkan Hashim Karim supaya menjalani hukuman penjara sejak tarikh dia ditahan pada 22 Ogos tahun ini selepas bekas pemandu lori berusia 68 tahun itu mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Shah Alam pada pukul 4 petang, 20 Ogos tahun ini.
Dalam rayuannya, Hashim memohon supaya hukuman diringankan atas alasan dia perlu menjaga anak yang masih bersekolah.
Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin meminta mahkamah menjatuhi hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya itu melibatkan seorang bayi.
Beliau berkata mangsa bagaikan seorang cucu kepada tertuduh dan dia seharusnya menjaga bayi itu dengan baik, bukannya mendatangkan kecederaan kepadanya.
Aimi Syazwani berkata sungguhpun Hashim berumur 68 tahun, beliau memohon mahkamah supaya menjatuhi hukuman sebat terhadapnya kerana hukuman itu dibenarkan di bawah undang-undang bagi pesalah seksual.
Beliau turut memohon mahkamah supaya menghalang media daripada menyiarkan identiti serta maklumat berkaitan mangsa mengikut Seksyen 14 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Hakim Mohamad Kamil membenarkan permohonan itu.
Menurut fakta kes yang dibacakan kepada Hashim di mahkamah, ibu bapa bayi itu menghantar anak mereka kepada pengasuh pada hari berkenaan. Pada kira-kira pukul 4 petang, pengasuh itu meminta Hashim, yang juga bapa mentuanya, supaya menjaga bayi itu sebab dia mahu menyelesaikan urusan insurans dan cukai jalan keretanya.
Sekembalinya pengasuh itu ke rumah, dia mendapati bayi itu sedang menangis di dalam buaian dan ternampak darah pada seluar bayi itu. Dia kemudian memandikan bayi itu dan mendapati ada kesan darah.
Ibu bapa bayi berkenaan kemudiannya membawa anak mereka ke hospital selepas mendapati  darah pada lampin bayi selain darah yang keluar dari kemaluannya.
Seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang memeriksa bayi itu berkata kecederaan yang dialami bayi berkenaan mungkin disebabkan objek tumpul besar yang dimasukkan secara paksa ke dalam kemaluannya.
Siasatan polis mendapati tertuduh memberitahu anak lelakinya bahawa dia memasukkan jarinya ke dalam kemaluan bayi berkenaan dan perbualan itu didengari oleh orang ketiga.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...