Skip to main content

Denda RM150,00 jual baja subsidi


MUAR -- Sebuah syarikat didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa setelah didapati bersalah menjual baja subsidi kerajaan tanpa lesen borong yang sah, pada bulan Mac hingga Mei lepas.
Hakim Amran Jantan menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Unigrow Agriculture Sdn Bhd setelah wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menjual secara borong baja kimia itu kepada tiga syarikat tanpa lesen borong yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia.
Mengikut tiga pertuduhan itu, syarikat tersebut menjual sebanyak 15,250 kilogram baja kimia secara borong kepada tiga syarikat lain di Lot 4477, Kampung Kebun, Bakri di sini antara 13 Mac hingga 7 Mei lepas. 
Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah  Seksyen 22(2) akta sama dan boleh didenda tidak lebih daripada RM2 juta apabila disabitkan kesalahan.
Sementara itu di mahkamah sama, Amran turut menjatuhkan hukuman denda RM80,000 terhadap seorang Pengarah syarikat Tan Yin Ken, 35, kerana membekal baja kimia kepada Syarikat Unigrow Agriculture Sdn Bhd yang tidak mempunyai lesen borong sah.
Sekiranya gagal membayar denda itu, mahkamah memerintahkan Tan menjalani hukuman penjara sembilan bulan.
Tan didakwa sebagai pemegang lesen CSA borong telah membekalkan baja kimia sebanyak 45,000 kg kepada syarikat itu di alamat sama pada 4 Julai lepas, lapor Bernama.
Pengarah syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 22 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi  RM 1 juta atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Lydia Salleh, manakala syarikat itu dan Tan tidak diwakili peguam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...