Skip to main content

Ditahan separuh bogel bersama anak saudara berumur 10 tahun


JOHOR BAHRU -- Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai  melakukan  perbuatan sumbang mahram  terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman  Tunku Aminah, di sini, malam tadi.

 Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya menahan  lelaki  berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

“Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek.

Mohd Taib berkata mangsa memberitahu bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan mendapat kebenaran ibu bapa mangsa.

“Kejadian seperti itu merupakan kejadian kali kedua,” katanya lagi, lapor Bernama.

Suspek yang sudah berkahwin itu, mempunyai  tiga anak berusia 25 tahun hingga 28 tahun.

Dia kemudiannya direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 20 Sept ini.

Mohd Taib berkata kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 376A Kanun Keseksaan iaitu  sumbang  mahram.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...