Skip to main content

Dua direman berhubung kes seleweng Felcra bernilai RM4 juta


PUTRAJAYA -- Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta. 

Majistret Shah Wira Abdul Halim  mengeluarkan perintah reman sehingga 23 Sept  itu terhadap dua lelaki terbabit  selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pengarah urusan berusia 53 tahun serta penasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran strategik syarikat berumur 45 tahun berkenaan disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

Pengarah urusan itu ditahan kira-kira 6.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di sini manakala suspek kedua ditahan pada 5.40 petang di SPRM Kelantan.

SPRM juga dilaporkan menyerbu 10 lokasi secara serentak semalam termasuk ke atas pejabat anak syarikat Felcra di Setapak di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang. 

SPRM dilaporkan menyita sejumlah dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai memanipulasi sebut harga selain melantik syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya untuk membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalikan oleh anak syarikat terbabit.

Kata sumber itu,  salah guna kuasa tersebut dikesan bermula pada 2014 dan berlarutan sehingga kini membabitkan nilai projek kira-kira RM4 juta.

Sumber SPRM itu berkata setakat ini 15 individu telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini dan SPRM Kelantan untuk ditemu bual berhubung kes berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...