Skip to main content

Fuziah ulangi pendirian tolak iktiraf LGBT dan perkhawinan sejenis


LABUAN -- Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai system perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

"Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia," katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kg Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam.

Beliau berkata meskipun kerajaan tidak membenarkan apa-apa amalan dan budaya perkahwinan sejenis, golongan ini tidak boleh didiskriminasi atau dipinggirkan.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri ... kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadanyanya adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka," kata Fuziah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan apabila kerajaan 'menghulurkan tangan' untuk memulihkan mereka, itu bukanlah bermakna  pengiktirafan terhadap budaya dan perilaku LGBT.

"Kami sedar tentang keprihatinan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung hak asasi manusia, tetapi kerajaan menjalankan tugasnya untuk menangani isu ini daripada bertapak dalam komuniti besar kita.

"Kami tidak akan membenarkan diskriminasi berlaku, dan pada masa yang sama, kami tidak mahu mereka meneruskan gaya hidup sedemikian. Rakyat tidak boleh menghukum atau mengasingkan mereka dan memperlakukan mereka seperti sampah sehingga ke tahap tiada siapa yang mahu mendekati mereka,” katanya.

Fuziah berkata menjauhkan diri daripada golongan ini tidak akan membantu mereka untuk dipulihkan daripada masalah personaliti dan gaya hidup mereka.

"Kita tahu kira-kira 83 peratus daripada 'mak nyah' terlibat dalam perilaku seks, kebanyakannya di 'lorong-lorong', oleh itu, kita mesti bantu mereka untuk berubah," katanya.

Fuziah berkata Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menentang perkahwinan sejenis kerana negara di barat juga menentang amalan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...