Skip to main content

Harta UMNO tidak sampai berbilion


KUALA LUMPUR -- UMNO akan mengambil balik semua asetnya yang dipegang oleh penama.
Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mengarahkan Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mendapatkan semula aset terbabit demi menjaga kepentingan dan kelangsungan parti.
"Saya dapati ada dalam kalangan penama ini yang presiden dahulu telah letakkan kepercayaan kepadanya bagi pihak UMNO, apabila ditemui menyatakan bahawa saham atau aset itu mereka punya. UMNO akan mengambil tindakan undang-undang untuk memperoleh balik aset itu.
"Trustee ini sepatutnya memegang amanah. Kita tidak mahu orang yang tidak amanah memegang amanah bagi pihak kita," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra.
Katanya aset yang diambil balik itu akan dibawa ke jawatankuasa pengurusan serta dibentangkan kepada Majlis Tertinggi secara telus.   
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata aset berkenaan tidak mencecah nilai bilion ringgit seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Apabila saya melihat aset dan liabiliti daripada laporan yang diberikan rakan-rakan kita yang menjadi CEO kepada syarikat-syarikat dan pemegang saham bagi pihak UMNO ini, kita lihat harta kita tidak sebanyak itu," katanya, lapor Bernama.
Pada sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata UMNO sedang mengesan beberapa lagi dokumen berkaitan aset itu.
“Kita sedang mencari dokumen-dokumen. Ada dokumen yang telah berada dalam tangan kita,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...