Skip to main content

Isa, anak kelahiran PD pulang ke lubuk


PORT DICKSON -- Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bukanlah satu nama asing buat penduduk di Negeri Sembilan khususnya Port Dickson, apatah lagi beliau pernah menjadi menteri besar negeri ini selama 22 tahun, sejak 1982.
Mengabdikan diri sejak sekian lama 'bermukim’ di dalam Parlimen Port Dickson menerusi platform UMNO sebagai wakil rakyat, bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu kali ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson atas tiket bebas.
Ini bersandarkan sejarah perkhidmatan yang pernah diberikan sebelum ini selain menyifatkan dirinya sebagai ‘anak jati Port Dickson’.
Lahir di Bagan Pinang di sini, bapa kepada empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan, memulakan karier politiknya bersama UMNO pada sekitar tahun 1972 dan pernah menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada 1978 sehingga 1982, ADUN Bagan Pinang (1986-2004) dan Anggota Parlimen Jempol (2004-2008).
Mohd Isa, yang juga bekas guru, pernah memegang jawatan anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang pada 1972 sehingga 1976, Naib Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang (1976-1978), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang (1978-1982), Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1980-1982), Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (1982-2017), Anggota Majlis Tertinggi UMNO (1990-1993) dan Naib Presiden UMNO (2004-2005).
Di dalam kerajaan, bekas pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu pernah memegang jawatan penting iaitu Menteri Wilayah Persekutuan pada 2004 sebelum melepaskan jawatan itu setahun kemudian.
Mohd Isa, 69, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya, Mohd Isa mendirikan rumah tangga bersama ​Puan Sri Hazizah Tumin pada 26 Nov 1977. Hazizah meninggal dunia pada 7 Dis 2005 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur akibat  kanser.
Beliau kemudian berkahwin dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid pada 2010.
Baru-baru ini, Mohd Isa mengesahkan telah keluar daripada UMNO untuk bertanding sebagai calon bebas PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru yang turut melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang calon PAS serta empat lagi calon bebas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...