Skip to main content

Jamal tidak mengaku bersalah tinggalkan negara secara haram


KUALA LUMPUR -- Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini, atas pertuduhan meninggalkan negara ini secara haram, Mei lalu.
Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.
Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa tanpa sebab yang munasabah telah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan yang dibenarkan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital KPJ Ampang Puteri, di sini, pada 25 Mei lalu mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen  pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap Jamal.
Bagaimanapun, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Jamal memohon jaminan munasabah berdasarkan hukuman yang diperuntukkan atas kesalahan ini adalah denda maksimum RM10,000.
"Anak guam saya turut menghadapi beberapa kes lain di mahkamah ini dan sudah membayar jaminan lebih RM20,000, oleh itu mohon pertimbangan mahkamah," katanya, lapor Bernama.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept untuk  sebutan semula kes.
Pada 25 Mei lalu, Jamal menghilangkan diri selepas didakwa di hospital itu atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, tahun lepas.
Jamal dimasukkan ke hospital itu kerana masalah tulang belakang dan pertuduhan terhadapnya dibacakan di hospital berkenaan.
Pada 11 Julai lalu, Jamal didenda maksimum RM400 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...