Skip to main content

Johor catat keganasan rumah tangga kedua tertinggi


JOHOR BAHRU -- Johor mencatatkan 3,424 kes keganasan rumah tangga dari tahun 2013 hingga Mei lalu, sekali gus menjadikan negeri ini kedua tertinggi selepas Selangor (4,064 kes).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri, Liow Cai Tung berkata berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), perselisihan faham dikenal pasti sebagai punca utama kes keganasan rumah tangga.
“Keadaan marah yang tidak terkawal menyebabkan lelaki atau suami mudah melakukan keganasan dengan memukul, menampar, menendang dan lain-lain perlakuan fizikal yang menyakitkan.
“Dan kita dapat lihat di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei lepas sahaja  sebanyak 2,276 kes keganasan rumah tangga dicatatkan.
“Paling tinggi melibatkan mangsa wanita dalam peringkat umur 26 hingga 35 tahun dan 758 kes melibatkan wanita yang telah berumah tangga,” kata beliau ketika berucap di majlis penutup Seminar Wanita Anti Jenayah (Cegah Dadah, Elakkan Cabul Dan Dirogol) dan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita, anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dan Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Johor (JASMINE).
Liow berkata kerajaan negeri sememangnya memandang serius kes jenayah berunsurkan seksual atau keganasan rumah tangga memandangkan ia bukan sekadar menyebabkan kecederaan fizikal tetapi turut mencalarkan maruah mangsa.
“Kes jenayah ini juga boleh menyebabkan trauma yang berpanjangan kepada mangsa terutama kepada kanak-kanak yang terlalu muda dan mentah yang melihat kejadian tersebut.
“Kita takut kalau tidak dibendung boleh menyebabkan anak-anak terutama remaja lari dari rumah, terbabit dengan kegiatan dadah, gangsterisme, pengguguran dan buang bayi disebabkan kes keganasan rumah tangga ini berlaku dalam keluarga mereka,” katanya lapor Bernama.
Justeru itu, menurutnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri melalui Jabatan Pembangunan Wanita  telah menjalankan pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan  dan kesejahteraan wanita terus terbela. 
“Antaranya, perkhidmatan Talian Kasih 15999 dan talian khusus untuk kanak-kanak iaitu Childline 15999 yang  beroperasi selama 24 jam sehari.
“Ia juga dilihat dapat membantu masyarakat membuat aduan mengenai kes-kes krisis yang berlaku dalam masyarakat seperti penderaan, pembuangan bayi, kaunseling dan lain-lain,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...