Skip to main content

Kabinet bayangan BN untuk periksa dan imbang


KUALA LUMPUR -- Barisan Nasional (BN) telah membentuk kabinet bayangan untuk setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi meningkatkan peranannya sebagai pembangkang di Parlimen. 
Kabinet bayangan, yang menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio (JKP) itu, dibentuk hasil rundingan antara parti-parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata setiap JKP terdiri daripada pengerusi bersama melibatkan beberapa anggota Parlimen BN.
"JKP ini nanti akan melantik sekurang-kurangnya tiga lagi orang dalam kalangan profesional termasuk wanita dan pemuda khususnya barisan pelapis. JKP berperanan sebagai 'check and balance' (semak dan imbang) bagi setiap kementerian. Ia juga sebagai 'policy watch' (pemantau dasar) serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar PH," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
JKP itu akan melibatkan empat kluster dengan yang pertama ialah Kluster Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang, Sumber Manusia dan Keselamatan.
JKP Jabatan Perdana Menteri adalah di bawah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tengku Razaleigh Hamzah;
JKP Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr Adham Baba; 
JKP Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Zakaria Mohd Edris.
Kluster kedua ialah Kewangan, Ekonomi dan Industri antaranya dengan JKP Kewangan melibatkan Khairy Jamaluddin dan Arthur Joseph Kurup.
Kluster ketiga ialah Pendidikan, Sosial dan Budaya dengan JKP Pendidikan melibatkan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Idris Jusoh.
Kluster keempat ialah JKP Infrastruktur, Teknologi dan Kesihatan dengan JKP Komunikasi dan Multimedia antaranya melibatkan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Tambah Annuar, semua JKP itu akan terlibat dalam penggubalan belanjawan alternatif yang diketuai oleh Khairy.
Selain itu, katanya anggota Parlimen pembangkang blok yang lain iaitu Gagasan Sabah, Gabungan Parti Sarawak dan PAS turut dialu-alukan menyertai JKP tersebut sekiranya mereka berhasrat untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Annuar turut mendesak Menteri Besar Johor agar mengambil tindakan tegas atas perilaku seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) atas tindakannya yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan baru-baru ini.
Annuar, yang juga Pengerusi Majlis Bahasa dan Budaya UMNO, mendesak agar kerajaan PH khasnya parti DAP untuk menyatakan pendirian terhadap isu tersebut.
Katanya tindakan mengetepikan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan telah menghina Sultan dan kedudukan istimewa bahasa tersebut.
Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Anggota MBIP yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi majlis itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...