Skip to main content

Kadar cukai taksiran premis UMNO, MCA dan Gerakan dipertikai


SEREMBAN -- Kadar cukai taksiran dan tanah bagi bangunan Wisma UMNO, Wisma MCA dan Wisma Gerakan di Seremban adalah terlalu rendah dan tidak bersesuaian dengan kedudukannya yang berada di tengah pusat bandar Seremban.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta membuat siasatan kerana dikhuatiri berlaku salah guna kuasa oleh pemerintahan terdahulu sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak berani untuk mengambil tindakan.
“Seperti kita maklum bangunan ini amat besar dan bertingkat tetapi cukai taksiran bagi bangunan UMNO RM508 sahaja, bagi bangunan MCA yang bertingkat juga cukai taksirannya hanya RM205 manakala bangunan parti Gerakan RM100.
“Persoalan saya kenapa mereka ini dikenakan cukai begitu rendah sedangkan cukai taksiran di kampung lebih tinggi dari wisma-wisma ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN ke-14, lapor Bernama.
Justeru, katanya kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan membuat siasatan terperinci berhubung perkara ini bagi memastikan mereka tidak secara terus-terusan menikmati keistimewaan seperti itu.
Dalam pada itu, Ng juga meminta agar kerajaan negeri mengkaji semula penggunaan plastik dan bekas polistirena di negeri ini kerana kedua-dua bahan itu antara punca menyebabkan longkang tersumbat dan menyebabkan banjir kilat di beberapa daerah di negeri ini.
“Kerajaan dahulu ada melancarkan kempen pengurangan penggunaan bahan plastik sehari dalam seminggu tetapi hasilnya  tidak begitu baik.
“Peniaga pula masih gunakan polistirena untuk perniagaan mereka dan keadaan ini menyebakan pencemaran alam sekitar, jadi kerajaan negeri perlu ambil langkah-langkah untuk kaji semula penggunaan bahan ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...